Pada 13 Mac 2009, 3 buah kampung di Mukim Kajang telah dilanda banjir iaitu Kampung Batu 13, Kampung Bangi Tambahan dan Kampung Teras Jernang. Hasil daripada inisiatif daripada Penghulu Mukim Kajang dan Ketua-ketua Kampung di 3 buah kampung ini, masalah ini telah dipanjangkan ke Pejabat Daerah Hulu Langat dan Lembaga Zakat Selangor. Alhamdulillah, Pejabat Daerah dan Lembaga Zakat Selangor sudi memberikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa banjir untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
Pada 28 April 2009, JKKK Batu 13, Kajang telah menjadi tuan rumah dan mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Zakat di Balai Raya JKKK Batu 13, Kajang. Seramai 36 orang telah mendapat bantuan zakat daripada Lembaga Zakat Selangor. Terima kasih tidak terhingga kepada Lembaga Zakat Selangor kerana sudi menghulurkan sumbangan kepada mereka-mereka yang memerlukan. Tahniah juga diucapkan kepada Penghulu Mukim Kajang beserta Ketua-ketua Kampung yang sudi mendengar dan memanjangkan permasalah ini kepada pihak yang berwajib. Tidak lupa juga terima kasih kepada YB Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat kerana sudi menyampaikan sumbangan pada majlis tersebut. Oleh yang demikian, kita seharusnya meneladani sikap yang professional yang ditunjukkan oleh YB Ahli Parlimen Hulu Langat(Dr. Che Rosli Che Mat), Penghulu Mukim Kajang (Haji Rosli Muhibbat), dan Ketua-ketua kampung yang telah dilantik. Yang baik dijadikan teladan dan yang tidak baik dijadikan semapadan.