Thursday, June 25, 2009

Bantuan Banjir Pada 28 April 2009



Pada 13 Mac 2009, 3 buah kampung di Mukim Kajang telah dilanda banjir iaitu Kampung Batu 13, Kampung Bangi Tambahan dan Kampung Teras Jernang. Hasil daripada inisiatif daripada Penghulu Mukim Kajang dan Ketua-ketua Kampung di 3 buah kampung ini, masalah ini telah dipanjangkan ke Pejabat Daerah Hulu Langat dan Lembaga Zakat Selangor. Alhamdulillah, Pejabat Daerah dan Lembaga Zakat Selangor sudi memberikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa banjir untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
Pada 28 April 2009, JKKK Batu 13, Kajang telah menjadi tuan rumah dan mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Zakat di Balai Raya JKKK Batu 13, Kajang. Seramai 36 orang telah mendapat bantuan zakat daripada Lembaga Zakat Selangor. Terima kasih tidak terhingga kepada Lembaga Zakat Selangor kerana sudi menghulurkan sumbangan kepada mereka-mereka yang memerlukan. Tahniah juga diucapkan kepada Penghulu Mukim Kajang beserta Ketua-ketua Kampung yang sudi mendengar dan memanjangkan permasalah ini kepada pihak yang berwajib. Tidak lupa juga terima kasih kepada YB Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat kerana sudi menyampaikan sumbangan pada majlis tersebut. Oleh yang demikian, kita seharusnya meneladani sikap yang professional yang ditunjukkan oleh YB Ahli Parlimen Hulu Langat(Dr. Che Rosli Che Mat), Penghulu Mukim Kajang (Haji Rosli Muhibbat), dan Ketua-ketua kampung yang telah dilantik. Yang baik dijadikan teladan dan yang tidak baik dijadikan semapadan.

Peta Ke Pejabat Ketua Kg Batu 13

Sunday, June 21, 2009

Majlis Penyerahan Meja Ping Pong Oleh YB Dr Che Rosli Che Mat Pada 10 Jun 2009



YB Dr Che Rosli Che Mat telah menyerahkan Sumbangan Meja Ping Pong kepada JKKK Kg Batu 13 pada 10 Jun 2009. Terima kasih kepada YB Dr Che Rosli kerana sudi menyumbangkan meja ping pong.

Monday, May 18, 2009

Pertandingan Badminton Pada 2 Mei 2009


Pada 2 Mei 2009. Pertandingan Badminton Tertutup Kg Batu 13 telah dirasmikan oleh Ahli Majlis MPKj Zon 7, Dato' Mustafa Kamal Mohd Zaini dan En Ong Seng Peng, Ahli Majlis MPKj Merangkap Pembantu Khas ADUN Kajang, turut turun padang menggantikan beliau. Pertandingan ini mendapat sambutan yang luar biasa. Majlis Penyampaian Hadiah disampaikan oleh YB Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat.

Thursday, April 30, 2009

Pertandingan Badminton Beregu Pada 2 Mei 2009


Pertandingan Badminton Tertutup JKKK Kg Batu 13, JKKK Kg Sg Sekamat dan MPP Zon 7 akan diadakan pada 2 Mei 2009 bertempat di Dewan Taman Mesra dan Dewan Kg Sg Sekamat. Sebanyak 80 beregu akan mengambil bahagian di dalam keempat kategori iaitu kategori terbuka, dewasa, remaja dan wanita.